Followers

Sunday 27 February 2011

JIKA HAMBAMU BERCINTA

Ya ALLAH.....
Jika hamba-MU bercinta...cintakanlah hamba kepada seseorang yang melabuhkan cintanya kepada-MU agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-MU....


Ya MUHAIMIN....
Jikah hamba-Mu jatuh hati....izinkanlah aku untuk menyentuh hati seseorang insan yang hatinya bertaut kepada-MU...agar tidak terjatuh diriku dalam jurang nafsu....


Ya ROBBANA...
Jika hamba-Mu merindu...rindukanlah diri ini pada seseorang yang merindu syahid pada jalan-MU....


Ya ALLAH...
Jika hamba-MU menikmati cinta kekasih-MU...janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indanya bermunajat di sepertiga akhir malam-MU....


Ya ALLAH...
Jika hamba-MU jatuh hati pada kekasih-MU....jangan biarkan diriku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-MU.....



SaYaNgi BiLa Dia Ada JaNgaN mEnYesaLi BilA Dia TiaDa

 Marilah kita hayati kisah dibawah ini. Mudah-mudahan ada iktibar yang boleh kita ambil hasil dari kisah tersebut.
Ada sepasang suami isteri yang hidup bahagia. Tidak ada kurangnya bagi pasangan yang dilimpahi dengan kemewahan ini kecuali satu, mereka tidak punya anak walaupun telah lama berumah tangga. Sering mereka bercerita tentang betapa indahnya hidup sekiranya punya seorang anak penyejuk mata. Rasa ini bergolak hebat apabila melihat kepada jiran sekeliling yang sentiasa riuh rendah dengan bunyi hilai ketawa anak-anak,kadang-kadang tangisan nyaring.
Apa yang menarik tentang pasangan Mr. & Mrs. Perfect ini:
Susun atur dalaman rumah mereka yang rapi, kekemasan sentiasa pada tahap maksimum dan semua benda mesti berjalan seperti yang dirancang dan dijadualkan. Rutin hidup mereka semuanya berjalan seperti dalam catatan diari dalam kerapian tahap tinggi. Nota semakan kerja rumah tergantung pada peti ais, pada white board pula senarai semakan keberkesanan, perancangan pula dalam buku management tersendiri. Dengan tekun semua ini diulang-ulang saban hari, minggu dan tahun.
Pada satu hari yang indah, si isteri bergegas memberitahu jiran tetangga berita gembira yang dikongsi bersama dengan sambutan syukur hampir seluruh kawasan kejiranan berhampiran. Menurut doktor, dia
bakal menimang cahaya mata. Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan ini, ucapan tahniah datang mencurah-curah.
Begitu pantas masa berlalu. Akhirnya sampailah saat yang mendebarkan, anak yang ditunggu dilahirkan dengan selamat. Bayi lelaki comel ini benar-benar memberi sinar pelengkap kasih sayang di dalam rumah itu.
Tiga tahun berlalu, anak lelaki ini membesar dengan sihat dan subur, sesubur perhatian dan belaian daripada ayah dan ibu. Namun berlaku sesuatu yang tidak diduga oleh ibunya selama ini. Anak lelaki ini mempunyai perangai yang seratus peratus berbeza dengan sikap ibunya. Kalau ibunya sangat kemas, anak lelaki ini akan mengeromot segalanya. Rumah yang selama ini kemas teratur sering kali bertukar wajah menjadi seperti lepas perang, kena penangan anak ini. Keadaan tidak terkawal, anak ini mungkin telah dimanjakan berlebihan.
Si ibu merintih derita. Apa yang berlaku ini bertentangan sama sekali dengan kanun dirinya. Semua mesti sempurna! Sampai pada tahap ini si ibu selalu terlanjur cakap bahawa mempunyai anak sebenarnya satu kesilapan. Anak bukan penyejuk mata sebaliknya peragut ketenangan.
Bagi mendidik si anak, si ibu terpaksa menggunakan sedikit kekerasan, cubit, rotan dan meminta dia berikrar untuk tidak mengulanginya kembali.
“Mama, abang minta maaf … Abang tak akan ulang lagi.” Itulah ungkapan yang diajar setiap kali kesalahan dibuat.
Satu lagi tabiat yang pelik bagi anak ini ialah dia akan mengoyak kertas yang dijumpainya dan dibiarkan bersepah merata-rata. Cubitan dan kemarahan tidak berjaya mengubah tingkah lakunya, dia masih dengan tabiat menyepah-nyepah, kemudian rumah jadi bingit dengan leteran dan bahang kemarahan ibu. Begitulah yang sering berlaku. Pada suatu hari si ibu bergegas mengemaskan rumah kerana kawan lamanya bakal datang melawat. Dia ke dapur memasak hidangan kepada tetamu yang bakal datang.
Bila dia membawa makanan untuk dihidangkan, alangkah terkejutnya apabila dia melihat ruang tamu bersepah, sofa tunggang langgang dan koyakan kertas bertabur di mana-mana.
“Abang … mari sini!!” Jerit si ibu memanggil anaknya lebih kuat daripada biasa. Kemarahannya mencecah siling kesabaran dan membakar rentung ladang hemahnya. Si anak ketakutan lalu lari meluru ke arah pintu. Si ibu mengejar dari belakang. Nafasnya tertahan-tahan menahan marah.. Kaki anak melangkah keluar dari rumah dengan larian deras. Sesaat dia telah berada di hadapan pagar.
Tiba-tiba terdengar satu bunyi hentaman keras. Larian ibu terhenti. Wajah terasa basah terpercik sesuatu.
Dia terpaku . Alangkah terkejutnya apabila melihat anaknya menggelupur kesakitan berhampiran longkang besar di tepi rumahnya. Basah di muka tadi rupanya adalah darah anaknya. Dia tidak mempedulikan lagi pada kereta yang melanggar, dia meluru mendapatkan anak dan merangkulnya.
Darah merah ada di mana-mana, dada anak berombak-ombak, tubuh kekejangan, terdengar bunyi rengekan menahan sembilu kesakitan yang amat. Tanpa berlengah dia terus memandu keretanya, anak diletakkan ke atas ribanya, tubuhnya kini dibasahi darah merah segar anaknya, dia terus memecut laju ke hospital.
“Ya Allah … tolonglah selamatkan anakku ini.” Doanya dalam raungan kuat sambil memandu laju. Hon dibunyikan bertalu-talu minta laluan daripada pemandu lain.
“Ya Allah … aku tahu aku gagal menjadi seorang ibu yang baik tetapi aku memohon sekali ini … Ya Allah selamatkanlah anakku ini.”
Air matanya bercucuran dengan deras menitis, tumpah dan bergaul dengan darah merah anaknya. Perjalanan terasa begitu jauh dalam keadaan begini. Nafas anak tercungap-cungap. Dari mulut, hidung juga telinga darah terus mengalir begitu deras. Si anak bergelut dengan kesakitan, dada berombak kuat, setiap kali dia membuka mulutnya darah bercucuran keluar.
Anak seperti ingin menuturkan sesuatu, ibu menangis semahunya.
“Mama maafkan abang …” Ungkapannya sukar … tersekat-sekat kerana kesakitan itu.
“… Abang janji tak akan buat lagi.”
Itulah ucapan yang selalu dituturkan apabila ibunya marah. Ibu memegang mulut anak, hatinya menangis. Bukan ini yang ibu mahu dengar.
Sebaik sampai di hospital, anak dikejarkan ke bahagian kecemasan. Ibu menunggu di luar, dia membuat panggilan kepada suami dan mengurus segala prosedur yang patut. Dengan baju dipenuhi darah tanpa merasa malu pada orang sekeliling yang melihatnya, dia menangis sekuat hati, rasa sesal mengasak kuat segenap ruang hatinya.
“Ya Allah berilah aku peluang kedua untuk menjadi seorang ibu yang baik, aku sedar akan kesalahanku …”
“Ya Allah selamatkanlah anakku hari ini …” Doa tidak pernah putus dari bibirnya dengan permohonan setulus-tulusnya kepada tuhan.
Setelah lama menunggu, tiba-tiba doktor keluar. Bebola matanya merenung penuh pengharapan pada doktor.
“Puan, maafkan … Kami telah cuba melakukan yang terbaik.” Patah bicara doktor satu-satu menyusun kalimah.
“Anak puan … Telah meninggal dunia.”
Hanya itu yang mampu dituturkan, walaupun selalu tetapi tetap sukar untuk menjelaskannya kepada ibu ini.
Dunia terasa seperti pasir jerlus yang menyedut dengan deras ke dalam, kepingan langit sekeping-sekeping menghempas ubun-ubun kepalanya. Alangkah sakitnya hakikat ini. Dalam tangisan berderai, dia meluru dan merangkul sekujur tubuh anaknya dengan mata tertutup rapat, kesakitan telah tiada bersama nafasnya yang berangkat pergi buat selama-lamanya.
“Anak … Kamu tidak mendapat apa yang sepatutnya ibu berikan di sepanjang perjalanan pendekmu ini …”
Ibu mencium semahu-mahunya. Namun wajah itu hanya kaku, dingin sekali.
Jenazahnya kemudian diuruskan sehingga selesai sempurna. Malam itu apabila lampu tidur dimatikan dan kawasan kejiranan sunyi, ibu keluar ke kawasan tong sampah di hadapan rumah. Dia menyelongkar sampah semalam mencari koyakan kertas anaknya. Malam itu di ruang tamu rumahnya penuh koyakan kertas yang ditaburkan.
Dengan nada lemah sekali bersama lelehan air mata hangat ibu berkata, “Alangkah indah andainya ini yang ibu lihat pada setiap hari di sepanjang hidup ini.”
“Ibu rindu kepadamu … Ibu rindu kepada nakalmu … Ibu rindu pada koyakan kertas ini, tetapi kenapa ibu buta tentangnya selama ini?”
Tangisan hanya saksi bisu dengan irama tersendiri, namun hakikat yang terpaksa direngguk ialah semua itu tidak boleh diulang lagi. Anak comel itu tidak akan pulang lagi ke rumah sampai bila-bila.

Saturday 26 February 2011

Kelebihan Ayat-ayat di dalam Al Quran

Al-Fatihah: Dibukakan baginya pintu-pintu kebaikan dan ditutup pintu keburukan.
o Al-Baqarah: Panjang umurnya dan baik agamanya.
o Ali Imran: Bersih diri dan bersih jiwanya serta sanggup menghujah pihak-pihak yang batil.
o An-Nisa': Menjadi pembagi-bagi harta warisan, mewarisi wanita dan mewariskan harta kerana umurnya yang panjang.
o Al-Ma'idah: Tinggi darjatnya,kuat keyakinannya dan baik kewarakannya.
o Al-An'am: Banyak binatang peliharaannya dan dia menjadi pemurah.
o Al-A'raf: Tidak akan keluar dari dunia sebelum dia menginjak bukit Turisina.
o Al-Anfal: Menang melawan musuh dan dia mendapat harta ghanimah.
o At-Taubah: Hidup terpuji di tengah-tengah masyarakat dan mati dalam keadaan bertaubat.
o Yunus: Bagus ibadatnya dan man daripada tipudaya serta ilmu sihir.
o Hud: Berhasil tanam-tanamannya dan berkembang binatang ternaknya.
o Yusuf: Pada mulanya dia dianiaya orang tetapi kemudian pergi merantau dan berhasil di perantauan.
o Al-Ra'du Ibrahim: Menghafaz banyak doa dan cepat beruban. Bagus agama dan urusannnya di sisi Allah.
o Al-Hijr: Terpuji di sisi Allah SWT dan di sisi manusia.
o An-Nahl: Diberikan ilmu dan kalau dia sedang sakit bererti dia akan sembuh.
o Bani Israil: Mulia di sisi Allah SWT dan menang melawan musuh-musuhnya.
o Al-Kahfi: Tercapai cita-citanya dan panjang umurnya sehingga dia bosan hidup dan rindu akan mati.
o Maryam: Menghidupkan sunah para nabi, dituduh dan dihinakan tetapi akhirnya terbukti kesuciannya.
o Taha: Kebal dari khianat tukang-tukang sihir.
o Al-Anbiya': Mendapat kemudahaan dan kebahagiaan setelah menghadapi pelbagai kesusahan dan mendapat ilmu dan khusyuk.
o Al-Haj: Dapat mengerjakan haji berulang-ulang insya-Allah.
o Al-Mukminun: Kuat imannya dan mati dalam iman.
o An-Nur: Allah SWT menerangi hati dan kuburnya.
o An-Furqan: Menjadi pemisah antara yang hak dan batil.
o As-Syu'ara: Allah SWT melindunginya dari kejahatan.
o An-Naml: Diberikan kerajaan atau kekuasaan.
o Al-Qasas: Diberikan perbendaharaan yang halal.
o Al-Ankabut: Dia dalam penjagaan Allah SWT sehingga matinya.
o Ar-Rum: Allah SWT memberikan kekuatan kepadanya untuk menakluki negeri kaum musyrikin ramai umat yang mendapat pertunjuk di tangannya.
o Luqman: Diberikan hikmah.
o As-Sajdah: Mati di atas sejadahnya dan menjadi orang yang berjaya di sisi Allah SWT.
o Al-Ahzab: Menjadi kelompok orang bertakwa dan pengikut kebenaran.
o Saba': Zuhud di dunia dan suka beruzlah (mengasingkan diri dari masyarakat yang banyak mengerjakan dosa).
o Fatir: Allah SWT membukakan pintu-pintu nikmat kepadanya.
o Yasin: Dijadikan sebagai pencinta pengikut Rasulullah SAW.
o As-Saffat: Mendapat anak yang taat dan mempunyai keyakinan.
o Sad: Pandai bertukang dan banyak hartanya.
o Al-Zumar: Bersih agamanya dan baik akhir hayatnya.
o Al-Mukmin: Diangkat darjatnya di dunia dan akhirat dan mengalir kebaikan-kebaikan melalui tangannya.
o Hamim As-Sajdah: Menjadi penyeru kepada yang hak dan ramai yang mencintainya.
o Hamim Ain Sin Qaf: Panjang umurnya.
o Al-Zukhruf: Jujur dalam percakapannya.
o Al-Dhukan: Diberikan kekayaan.
o Al-Jasiah: Menjadi khusyuk dan takut kepada Allah SWT.
o Al-Ahqaf: Melihat perkara-perkara ajaib di dunia.
o Muhammad: Menjadi baik sirah (perjalanan hidupnya).
o Al-Fath: Diberi taufik untuk berjihad.
o Al-Hujurat: Allah SWT merahmatinya.
o Qaf: Dimurahkan rezekinya.
o Al-Zariat: Menjadi tanam-tanamnya.
o Al-Tur: Bererti dia sudah dekat dengan Makkah Al-Mukarramah.
o An-Najm: Mendapat anak yang cantik dan terpandang.
o Al-Qamar: Kebal daripada ilmu-ilmu sihir.
o Ar-Rahman: Mendapat nikmat di dunia dan mendapat rahmat di akhirat.
o Al-Waqi'ah: Bersegera kepada taat.
o Al-Hadid: Sihat badan dan dipuji orang.
o Al-Mujadalah: Membantah pihak-pihak yang batil serta sanggup memberikan hujah-hujah bernas.
o Al-Hasyar: Dia mengancurkan musuh-musuhnya.
o Al-Mumtahanah: Mendapat rintangan dan cubaan tetapi diberi ganjaran.
o As-Saff: Ingin mati syahid.
o Al-Jum'at: Allah SWT mengumpulkan pelbagai kebaikan baginya.
o Al-Munafiqun: Lepas daripada kemunafikan.
o At-Taghabun: Tetap di atas petunjuk.
o At-Talaq: Terjadinya pertengkaran antara suami dan isteri dan terkadang sampai kepada perceraian.
o Al-Mulk: Besar kerajaannya.
o Nun al-Qalam: Diberi kefasihan dan pandai menulis.
o Al-Haqqah: Dia berdiri di atas hak.
o Al-Ma'arij: Berada dalam keadaan aman di ditolong.
o Nuh: Menjadi penyeru kepada kebaikan dan pencegah dari yang mungkar serta mengalahkan musuh-musuhnya.
o Al-Jin: Terpelihara dari gangguan syaitan.
o Al-Muzammil: Diberi taufik untuk mengerjakan solat tahjud.
o Al-Mudassir: Baiklah tempat tidurnya dan dia menjadi orang sabar.
o Al-Qimayah: Tidak mahu bersumpah untuk selama-lamanya.
o Al-Insan: Menjadi orang yang pemurah, bersyukur dan baik penghidupannya.
o Al-Mursalat: Diluaskan rezekinya.
o 'Amma Yatussalun: Menjadi mulia dan masyur kemuliaannya.
o An-Nazi'at: Dicabut kesusahan dan sifat khianat dari hatinya.
o 'Abasa: Dia memberikan zakat dan sedekah.
o Al-Takwir: Banyak melancong dan banyak mendapat keuntungan.
o Al-Infitar: Dekat kepadanya raja-raja dan pembesar serta mereka menghormatinya.
o Al-Mutaffifin: Allah SWT memberikan sifat amanah kepadanya, sifat adil dan menyempurnakan janji.
o Al-Insyiqaq: Ramai anak dan keturunannya.
o Al-Buruj: Lepas dari dukacita dan mendapat ilmu. Ada yang mengatakan ilmu yang dimaksud ialah ilmu nujum.
o At-Tariq: Diberi taufik untuk banyak bertasbih.
o Al-A'la: Mudah segala urusannya.
o Al-Ghasiyah: Naik pangkat atau martabatnya.
o Al-Fajr: Diberi pakaian yang cantik-cantik.
o Al-Balad: Allah SWT memberikan taufik kepadanya sehingga dia suka memberi makan kepada orang lain, memuliakan anak yatim dan menyayangi orang-orang daif.
o As-Syams: Diberikan kepintaran, kecerdikan dan kefahaman.
o Al-Lail: Diberi taufik untuk qiyamullail dan terpelihara daripada terbongkarnya rahsianya.
o Ad-Dhuha: Dia memuliakan orang-orang miskin dan anak yatim.
o Al-Alaq: Dijadikan atau menjadi orang yang tawaduk, fasih dan cantik tulisannya.
o Al-Qadar: Panjang umur serta tinggi martabatnya.
o Al-Bayyinah: Dengan izin Allah, mendapat pertunjuk di tangannya kaum yang zalim.
o Al-Zalzalah: Allah mengoncongkan dengannya tumit orang-orang kafir.
o Al-'Adiyat: Mendapat kuda.
o Al-Qariah: Menjadi mulia kerana bertakwah dan banyak beribadah.
o At-Takasur: Menjadi zuhud dan tidak menumpuk harta.
o Al-Asr: Dijadikan orang yang sabar dan mentaati kebenaran. Dan juga dia rugi dalam perniagaan tetapi akhirnya mendapat keuntungan yang banyak.
o Al-Humazah: Dia mengumpul harta yang banyak yang bermanfaat baginya untuk amal-amal kebajikan.
o Al-Fil: Ditolong untuk menentang musuh-musuhnya dan di tangannnya Islam dapat menakluki kawasan musuhnya.
o Al-Quraisy: Dia memberi makan orang-orang miskin dan terjadi hubungan erat di antaranya dan hamba Allah yang lain.
o Al-Ma'un: Berjaya mangalahkan orang-orang yang menentangnya.
o Al-Kausar: Banyak kebaikannya di dua negeri.
o Al-Kafirin: Diberi taufik untuk menentang orang-orang kafir.
o An-Nasr: Allah SWT menolongnya untuk melawan musuh-musuhnya. Bermimpi membaca surat Al-Nasr juga menandakan dekatnya ajal orang yang bermimpi itu kerana ini merupakan surah pemberitahuan Rasulullah saw akan dekatnya ajalnya.
o Al-Lahab: Sebahagian orang munafik memusuhinya tetapi akhirnya dikalahkan oleh Allah SWT.
o Al-Ikhlas: Mendapat kesenangan, mulia dan terpelihara akidahnya. Menurut satu pendapat sikit keluarganya, tetapi senang hidupnya. Ada yang mengatakan bermimpi membaca surat ini menunjukkan dekatnya ajalnya.
o Al-Falaq: Allah SWT memeliharanya daripada kejahatan manusia dan jin, daripada gangguan binatang dan dengki manusia.
o Al-Nas: Selamat daripada gangguan syaitan dan tenteranya.

SELAMAT BERAMAL,,,,,=)